Kelayakan Ekuestrian di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

200 tempat kuota yang disediakan bagi sukan ini dibahagikan antara tiga disiplin iaitu 75 tempat bagi jumping, 65 tempat bagi eventing dan 60 tempat bagi dressage. Pasukan dalam setiap disiplin terdiri daripada tiga ekor kuda dan penunggangnya; setiap negara yang melayakkan satu pasukan (20 pasukan bagi jumping, 15 pasukan masing-masing bagi eventing dan dressage) juga mendapat tiga tempat dalam acara individu bagi disiplin itu. Negara yang tidak melayakkan pasukan boleh mendapat satu tempat acara individu dalam dressage dan jumping, serta tidak melebihi dua tempat individu dalam eventing, bagi memenuhi 15 penyertaan dalam jumping dan dressage serta 20 penyertaan dalam eventing.

Setiap pasukan mendapat tempat dalam acara berpasukan melalui beberapa pertandingan (Sukan Ekuestrian Dunia dan perlawanan antara benua), manakala setiap individu mendapat tempat dalam acara individu mengikut ranking. Jepun sebagai tuan rumah dapat melayakkan satu pasukan dalam setiap disiplin.[2][3][4]